Yang
ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate. Ia berbeza
menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut
tuan milik perniagaan. Agen di internet adalah bos kepada pemilik
perniagaan.
Jika
anda mendapati laman produk affiliate yang anda ingin promosi tidak
berupaya untuk memberi conversion yang bagus, anda boleh menegur tuan
punya laman web. Ia adalah hak anda kerana andalah yang akan memberi
kekayaan kepada mereka.
Produk
terbaik akan memberi keuntungan kepada anda. Bagaimana
hendak mengenal pasti potensi sesuatu produk?
Ada
beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada
sesuatu produk itu mempunyai potensi atau tidak.
Pertama :
Tanya sendiri kepada pemilik.
Tanya
sendiri pemilik produk bagaimana prestasi penjualan produk beliau.
Dalam ayat pertanyaan, selitkan perkataan yang anda inginkan jawapan
yang jujur dan bersedia melaburkan wang yang banyak untuk melakukan
promosi.
Kedua :
Periksa Sales Letter itu sendiri dan kredibiliti produk tersebut.
Periksa
kandungan sales letter tersebut dan ramal sendiri sejauh mana
keberkesananya. Kemudian periksa kredibiliti produk tersebut melalui
testimonial dan bukti yang ada di website. Katakan anda ingin
mempromosi produk ebook tips penjimatan, periksa sama ada pemberi
testimonial adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Ketiga
: kebanjiran otai-otai IM.
Jika
produk tersebut adalah dari seorang otai IM, sudah tentu ia adalah
produk yang akan mendapat sambutan. Apa yang anda perlu lakukan
adalah bersaing dengan otai-otai IM yang ada. Jangan takut untuk
bersaing kerana mereka yang paling pantas dan bijak akan menang. Jika
gagal bersaing pun, anda tetap menerima tempias dari kehangatan
produk tersebut.
Keempat
: Permintaan yang melampau.
Di
Malaysia anda boleh nilai sama ada produk tersebut mempunyai
permintaan yang banyak atau tidak melalui surat khabar atau berita di
TV. Katakan ada keluar laporan mengenai anak luar nikah di berita,
sudah tentu produk ebook‘ Cara
terbaik untuk berhenti ketagih seks‘
akan meletup di pasaran kerana ia memang permintaan umum.