Walaupun
ia nampak mudah, seorang affiliate perlu periksa sama ada dia
memiliki 3 perkara berikut sebelum boleh bermula menjana pendapatan
melalui affiliate.
Pertama:
Produk untuk di promosikan.
Tiada
produk, tiada komisyen. Tiada komisyen, tiadalah wang. Perkara
pertama yang perlu anda pertimbangkan selain permintaan adalah produk
untuk di promosikan. Apabila ada produk, barulah anda boleh mula
merancang kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan,
cuma anda perlu promosi pada tempat yang tepat sahaja.
Kedua:
Landing page atau Squeeze Page.
Sebagai
seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan web static dan
autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan
beribu ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan,
lebih elok untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda
berbanding terus kepada laman affiliate.
Melalui
tindakan ini, sudah tentu anda tidak perlu menghabiskan beribu-ribu
ringgit lagi untuk promosi kerana semua prospek pembeli ada dalam di
dalam autoresponder. Jika ada produk yang berkaitan dengan mailing
list yang anda telah kumpul, anda boleh terus mempromosinya melalui
mailing list.
Ketiga:
Pengetahuan mengenai produk yang anda ingin promosi.
Ini
adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda tiada
alasan selain menguasai sepenuhnya pengetahuan mengenai produk yang
anda ingin promosi. Jika anda berkemampuan, anda boleh mengupah
freelance untuk mencari maklumat bagi pihak anda. Jika tidak, anda
boleh lakukannya sendiri.
Pengetahuan
yang tinggi akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan
membeli dari anda kerana mereka yakin dengan cadangan anda untuk
membeli produk yang anda promosikan.
No comments:
Post a Comment