Wednesday, 9 October 2019

Panduan ringkas pemasaran affiliate



Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu atau dua produk sahaja.
Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda tidak perlu bermanis lidah.
Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan.
Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah. Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya mengejar mereka.
Di dalam posting selepas ini, penulis akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mempromosi produk affiliate anda. Harap pendedahan ini akan membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen.

No comments:

Post a Comment

ebook Kurangkan Hutang Kita

  ebook dan webinar pasal debt management, boleh klik link di bawah. Harga asal ebook: RM99. Masukkan kod kupon 'kitatolongkita' unt...