Saturday, 5 October 2019

Buy Muslim First


Kata pakar bisnes internet Irfan Khairi (IK):

"Buy Muslim First, amat-amat congruent (kongruen) atau sangat ngam dengan apa yang kita ingin capai; Melahirkan lebih ramai usahawan Muslim, dan, lebih ramai yang membeli dari mereka!"

"Tetapi, bukannya bermaksud kita tidak sampaikan ilmu kepada yang bukan Islam. In fact, saya juga mempunyai pelajar yang bukan Islam. Di Dubai juga mempunyai ramai."
 
"In fact, di Dubai, UAE lebih ramai pelajar/peserta program saya yang bukan Muslim (70% Muslim dan 30% Non-Muslim) berbanding dengan di Malaysia (95% Muslim dan 5% Non-Muslim)."
 
"Saya tidak pasti mengapa pembahagian kedua negara ini berbeza. Mungkin mereka di luar negara lebih menghargai ilmu dan tidak endahkan penyampainya beragama apa? "

"And that's the main point. Kempen BUY MUSLIM FIRST adalah satu pilihan, pilihan untuk kita membantu ummah memperkukuhkan ekonomi ummah. Bukan bermaksud kita tidak beli langsung barangan non-Muslim. Ianya tetap adalah pilihan."
 
 
"InshaAllah nanti saya akan kongsikan lagi panjang lebar pendapat saya dan bagaimana saya sangat setuju dan sokong movement ini melalui video. Sejak dulu lagi saya kongsikan pada anda (dan juga dalam buku saya terbaru), niat dan tujuan saya berhijrah ke timur tengah adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan Muslim."
 
"Buy Muslim First, lebih ramai usahawan Muslim, dan, lebih ramai yang membeli dari mereka!"

Baca perkongsian Irfan Khairi dalam ebook terkini beliau http://bit.ly/Ebook-9dari10

No comments:

Post a Comment

ebook Kurangkan Hutang Kita

  ebook dan webinar pasal debt management, boleh klik link di bawah. Harga asal ebook: RM99. Masukkan kod kupon 'kitatolongkita' unt...